CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, March 24, 2008

DaiRieS.....

Sabtu - 29 Mac 2008

Arini adlh hari yg aku 2nggu-tunggu dalam minggu cuz arini aku ada xpdc ke Gua Tempurung. ktorg bertolak dari poli seawal jam 8 pagi. sampai kat sana dalam kul 10.30 pg. Time dalam bus aku asyik tdo je cuz letih sangat gpun aku takut time kat gua nanti aku mengantuk.
Sebelum stat xpdc ktorg diberi taklimat dlu. Pas2 baru lah ktorg mulakan xpcd ktorg. time dalam gua banyak benda ktorg buat n sumenye xtvt yang mencabar tahap ketahanan mental dan fizikal aku... contohnye ktorg kena meniarap cam askar kena ragging, glongsor kat tanah time 2 memang seram giler sampai aku terjatuh, lebam peha aku bukan kena kena tanah 2 tapi kena mentos yg ada kat poket aku. hehehehe.......
kalo korg nak tau ktorg kat dalam gua tue selama 4jam. last skali b4 ktorg kluar gua, ktorg ditunjukkan dengan keajaiban dan keindahan didalam gua... kat c2 mmg banyak benda yg ktorg tgk antaranye potret monalisa, osama bin laden, gambar pasal perempuan mengandung pas2 bawak ambulance dan macam2 lagi.... inilah ciptaan Tuhan yang sungguh mengkagumkan.
Sebelum sampai kat poly ktorg singgah kat Teluk Intan tuk alas perut sebabnye korg dari tengahari tadi tak makan, cacing kat dalm perut ktorg pun da melalak-lalak. Hehehe... time kat c2, pas makan aku n member2 kau pun amik peluang nie tuk bergambar kat menara condong Pisa… time 2 ada la beberapa orang penduduk kat c2 tgk je ktorg, maybe diorg nie ingat nie datang dari jauh….

Dalam kul 9malam ktorg pun sampai la kat ‘tempat penginapan’ (poly)… Badan sume lenguh2 dan penat sangat tp nasib bek la esok xda kuliah so boleh la rehatkan badan…. pas mandi n kemas sume barang aku pun tdo. Gud Nite n sleep tight…..

Jumaat - 28 Mac 2008
Arini adalah hari terakhir aku edit blog b4 kena sumbit kat lec petang nanti. kirenye nie la final touch.... pas nie korang jgnlah segan silu or malu2 kucing nak tengok blog aku nie n jgn lupe plak kalo korg da baca bagi2 la komen yea...... so takat nie saje la untuk arini.... BaBuY......
C U again.....

Khamis - 27 Mac 2008

Pagi arini au xda klas, so aku amik kesempatan nie untuk update aku punye blog yang nak kena submit sok. petang tu ktorg ada kelas Grooming, lec nak buat kuiz. time jwb 2 aku cam blur2 ckit la cuz aku xbnyak baca nota tp alhamdulillah aku dapat jawab dengan tenang. hehehehe.....
malam nie aku ada kelas doc. prod dari kul 8-11 mlm, time nie lec pun nak buat kuiz pasal itinerary. bagi aku hari ini adalah hari kuiz cuz sume subjek arini mesti ada kuiz..... pe2 pun aku harap agar aku dapat mark yang ok la dalam dua2 kuiz nie....

pas abis klas aku n roommate aku buat xsgment translation yang nak kena submit sok, kalo korang nak tau dekat pukul 3pagi baru aku tido tp nsb bek la sok kelas kul 3.15 ptg, so boleh la tdo bangun lewat pagi 2..... hehehehe.....

Aku rase cukup takat cni je cite aku pada hari nie... Jumpa lagi di hari akan datang.... BYe, BaBuy......

Rabu – 26 Mac 2008

Arini ktorg awal time klas Translation, kat klas td ktorg blaja camne nak translate iklan, sebelum 2 ktorg kena wat spelling abjad M. Bagi aku nak translate iklan agak senang berbanding translate artikel dan surat. Pas2 ktorg ada klas usahawan, time klas Puan Dewi ada buat satu teknik p & p, di mana ktorg dikehendaki membuat peta minda berdasarkan Unit 6. Tapi yang besnye benda nie ktorg wat cam teknik permainan ‘kotak beracun’ dan ada alunan muzik. Bagi aku cara nie lebih berkesan berbanding apabila ktorg membaca nota modul yang panjang berjela, di samping itu, ia secara tidak langsung dapat memudahkan pelajar untuk memahami sesuatu bab dengan cepat dan berkesan.

Petang 2 plak aku memang xda klas, tapi aku ada perjumpaan untuk bincang pasal ekspedisi ke Gua Tempurung yang ktorg akan pergi pada ari Sabtu nie. Rasa cam xsabar je nak g….. pas2 aku n member bincang psal produk yang ktorg nak present malam nanti ……

Malam 2 ktorg ada klas usahawan, time nie ktorg kena present psl produk yang akan ktorg buat untuk projek mini. Tapi korang nak tau produk ktorg nie kena reject cuz member2 ktorg kata produk 2 die orang da penah makan. Opss lupa plak nak gtau nama produk ktorg, ktorg wat produk berasaskan makanan, name die ‘KARIPAP MINI BERINTIKAN IKAN BILIS’. Pas2 ktorg da xtau lagi nak wat produk pe da la kertas kerja produk kena submit Isnin. Balik 2 ktorg memang frust gler tapi dalm2 frust2 pun ktorg dapat idea nak wat ‘ POPIA TUNA GORENG’…… Bak kara orang setiap ape yang berlaku ada hikmah sebaliknya…..

Selasa – 25 Mac 2008

Klas Note Taking arini ktorg blajar buat kertas kerja, xsgment nie kena sbmit pasa pagi esok. Malam 2 jugak ktorg discuss apa isi dlm kertas kerja 2…. Dalam klas usahawan plak, ktorg kena blakon. Ktorg divide kepada 3 group, setiap group akan melakonkan satu sketsa yang berbeza. Group aku melakonkan sketsa bertajuk ‘Butik’, so ktorg kena reka jalan cite yang berkaitan dengan apa yang ktorg blaja pas2 kena tentukan watak yang perlu dilakonkan. Time nie ktorg sekelas memang enjoy giler.

Malam plak aku wat keje Translation yang nk kena submit pada hari Jumaat. Time nie aku memang sakit kepala cuz dok fikir pe produk yang ktorg nak wat dalam projek mini untuk usahawan…..

Isnin – 24 Mac 2008

Arini jadual memang pax gler, kelas pun sampai kul 5.15 ptg. Pagi td kat kelas Translation ktorg satu kelas kena marah dengan lec cuz die xberapa nak puas dengan xsgment yang ktorg anta 2minggu lepas. Time ktorg memang sedih sangat cuz ni la first time lec marah kat ktorg sampai cam2 sekali. Tapi ktorg anggap n fikir benda nie dari sudut positif. Masa 2 aku telah memotivasikan diri aku. Last sekali lec ktorg bagi balik xsgment 2 dan suruh ktorg wat semula dan hantar esok sebelum kul 8pg.

Pas2 aku ada kelas agama, arini turn group aku plak present. Tapi nasib ktorg agak bek la cuz kelas agama dibatalkan, sebab time 2 kat poli ngah xda elektrik. So ktorg presentation ktorg kena postpone sampai minggu depan.

Sementara nak msk klas grooming, aku n budak2 sekelas aku g lepak kat café. Time clas grooming td aku memang ngantuk gler, aku pun xtau nak wat camne cuz setiap kali kelas grooming memang aku berperasaan cam2. Maybe jam biologi aku da set cam2 kot.
Petang 2, aku ada kelas internt. Arini lec ktor suruh ktorg present tentang camne ktorg nak wat tempahan secara online. Tapi oleh kerana keadaan internet time 2 agak slow dan x mengizinkan, hanya 2 group je yang dapat wat presentation. Pas2 Cik Yanti plak suruh ktorg present n mainkan cd yang tentang camp kat gunung ledang. So die panggil la 2 orang student secara rawak, sorang untuk present dan sorang lagi untuk bagi markah. Sebelum abis klas cik maklumkan yang die akan wat kuiz next week. So die bagi tajuk n suruh ktorg prepare bahan. Tajuk die ialah ‘Kenali Daku’……

Malam tu xtvt aku seperti biasa, wat xsgment, pe lagi..... Last sekali tdo la…… Slamat Malam....


Ahad – 23 Mac 2008

Sepanjang hari nie aku banyak menggunakan kekuatan minda kerana aku try mengingat segala kenangan dan peristiwa yang da bertahun-tahun lamanye. Tapi Alhamdulillah Allah masih lagi mengurniakan daya ingatan yang agak kuat la jugak… hahaha….
Malam plak aku g tgk persembahan nasyid dari Saujana. Sebelum persembahan bermula, mereka telah mengadakan bacaan tilawah Al-Quran dari pelajar politeknik. Ramai la jugak student yang datang tgk. Almaklumla kan bukannye slalu diorg wat event cam nie…..

Sabtu – 22 Mac 2008

Kalo nak diikutkan sepanjang arini aku xda wat pe2 keje pun juz rehatkan minda dan badan, memandangkan 3 org roommate aku balik so aku duk ngan member aku yg sorang lagi. Ktorg cam mati kutu je kat bilik cuz xtau nak wt pe, borink gler. Pas2 aku n member aku sorg nie dengan rela hati telah mengemas bilik agar ia kelihatan lebih kemas, teratur dan bersih….
Malam plak ktorg wt slide agama untuk present pada ari Isnin. Aku rasa I2 je la xtvt aku sepanjang ari ini.

Jumaat – 21 Mac 2008

Sepanjang arini aku juz ada 2 kelas iaitu kelas Keusahawanan dan Note Taking. Kat kelas usahawan ktorg juz kena bincang tentng projek mini ktorg yg mana ktorg kena produce satu produk. Lec da agihkan group, aku group ngan diah n peah. Time kat klas td ktorg kena drafkan ape produk yg ktorg nak buat dan group aku da decide yg ktorg nak buat ‘karipap bihun’, korg jgn plak rase pelik, kalo korg nak tau apa rasenye korg kena la bli nanti. Hehehe…. Sempat gak aku promotekan produk. Inilah namanye bkl usahawanan. Hehehehe…. Bragan la kejap. Pas draf ktorg kena lak trangkan kat pn Dewi Maharah selaku ktorg punye lec keusahawanan. Kalo korg nak tau, 1st time die dgr produk ktorg die pun terkejut n pasti ke yg ktorg bleh jual prodk 2. Ckp punye ckp akhirnye ktorg dpt gak yakinkan die…..

Petang 2 ktorg ada klas note taking, pas2 tu tetiba plak lec kata klas btl cuz lec ada meeting ngan k.j. pas2 kite org ada gak kena wat penilaian tentang lec yang mengajar ktorg.


Khamis – 20 Mac 2008

Sempena sambutan Maulidurrasul arini, ktorg kena berarak sambil berselawat keatas Rasul junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W. ktorg berarak juz kat sekitar poli je, sume lec na student terlibat. Pas2 ktorg ada mjlis perasmian yg dirasmikan oleh Dr. Arshad Bin Kassim, Pengarah PSIS dan ada gak la persembhan2 spt nasyid n deklamasi sajak. Last sekali diorg umumkan kontinjen perarakan yang terbaik iaitu untuk johan disandang oleh jabatan Perdagangan dan naib johan dimenangi oleh Blok B2. Sbg kenang2 ktorg bergambar ngan sume student jbtn p’dagangan n lec serta hamper dan bina…. Kat majlis nie diorg ada gak bukak beberapa buah gerai jualan, cthnya ada yg jual tudung, brooch, beg, makanan n mcm2 lagi la.
Pas2 aku n mmber aku trus balik bilik cuz ktorg ada nak kena siapkan xsgment internet, sebenarnya ktorg sume da siap tp ktorg juz nak wt ‘final touch’ sebelum submit kat lec. Malam pulak ktorg juz duk2 sambil layan cd untuk bagi relax jap otak. Yea la kan, otak nie mcm manusia jgk, nak kena ada masa utk rehat, kalo kita asyik nak push je die nnt die ‘jem’ n ‘marah’ plak kt kite, kite gak yg susah. Hehehehe……

Rabu – 19 Mac 2008
Oleh sbab aku xleh tdo smalam, pagi nie aku bgn agk lwt la, dalam kul 8.30pg cuz aku baru lena tdo dalam kul 5pg kot. Pagi nie cuaca mendung n ujan lebat sgt sampai kan tasik n longkang kat area poli nie sume air die melimpah-limpah. Arini aku xbyk clas juz pg td ada clas Translation, time kat clas td lec ktorg ada bagi mrkh tugasan b’kmpulan n mrkh ktorg sedh sgt. Huhuhu…… dlam kul 11pg 2 aku mintk xcuse kt lec tuk kur g klinik, nak cabut gg. Aku berterima ksih sgt kat member aku sorang nie name die Yan cuz die sudi temankan aku g klinik. Nie la 1st time aku g klinik sepanjg aku blaja kt sini. Sampai je kat sana lama gak la aku kena tunggu lebih kurang 45min. ble aku masuk je kat bilik 2 aku da xfkr pe2 pun yg pntg gg aku dicabut. Time die nak cabut gg aku 2 lama gak la mase yg die amik cz gg aku nie gg graham n ble gg aku da d cabut rasa lega yg amt sekali pas2 doc 2 bg tgk gg 2 kat aku, memg besar gler r tkt aku tgk.
Malam tu ktorg ada p’jmpaan blok cuz diorg nak bg ckt penerangan tntg sambutan Maulidurrasul esok. Kat c2 diaorg bagi tahu tuk perarakan sok kena pakai baju kurung color pe n kat mane tempat ktorg kena kumpul pagi 2.

Selasa – 18 Mac 2008
Pagi nie aku juz relax je cuz aku x da kuliah, lec ktorng demam, juz ptg td aku ada clas bi. Kat clas bi 2 ktorg xtau nak blaja ape cuz ktorg punye silibus pun da nak abis, so clas petang 2 jd ckit boring la tp ktorg nie enjoy cuz time 2 lec ktorg die dok cite pengalaman die mase die jd ‘fasi’ n die pun cte la pengalaman manis die, kalo korang nak tau lec bi ktorg ni En Fauzi Ali memang gemar becerita, setiap clas ngan die ada je benda yg nak die cite.

Balik clas n pas makan cam besela xtvt harian aku, rehat badan kata name lain, tido la… pelagi… hahahaha…… N pas da setel sume keperluan diri n keinginan diri aku tertunai, aku g wat xsgment subjek Internet & persembahan, lec ktorng nie this wek die g kursus so die tinggalkan ktorg kerja. Korang nak tau pe yg die suruh bt???? Ktorg nie kan baru blik dari camp bina semangat kat Gunung Ledang, so die suruh la ktorg nie wat pe yg ktorg bt kt sana n xsgment nie die h bt gune movie maker, inilah 1st time aku gune benda ini.

Malam 2 plak aku tetiba diserang sakit gg semalaman aku xtdo. Sakitnye hanya Allah saja yg tahu, kalo ikutkan hati nak je aku g klinik n cabut time 2 tp mane ada klinik gg bukak malam2, so aku terpaksa la tahan sampai sok pagi n aku da nekad xkire ape pun terjadi sok aku kena g cabut gg cuz i2la ubat gg plg mujarab. Huhuhu…….

Isnin – 17 Mac 2008

Arini nie aku cam xterdaya je nak bgn cuz bdan terasa pent sgt, almklumlakan baru blik dari camp kat gunung ledang tapi aku gagahkan jugak la cuz pagi nie aku ada kuiz subject Translation. Aku rasa cam ntah ape2 ntah aku jwb kuiz td. Then, aku g nek kat jbtan nak anta xsgmnt note taking, aku jumpa ngan pn Noorizam, kesian aku tgk muka die merah gler, maybe xsht la 2. Pas2 aku paksa diri aku g clas y glen plak cuz aku ingat pesan ketua ‘fasi’ time camp kat gng ledang die kata, “ Kita kena paksa diri kita untuk melakukan sesuatu bagi mencapai kejayaan”. N kalo nak diikutkan hati mahu aje aku tido sepanjang hari.

Pas2 aku paksa diri aku nie g basuh baju dalam 1 baldi la jugak, then g kemas bilik, maklum la 3hari 2mlm bilik 2 xberkemas. Bile da setel sumenye termasuk keperluan, keinginan n kerohanian diri dibuat barulah aku g ‘on’ laptop cuz nak kena setelkan segala xsgment yg nak kena sbmit sok.

Ape yang aku gram ble kite nak setelkan keje2 last minute nie ada je benda yang xsepttnye t’jadi. Misalnya, time aku ngan mmber aku nak print xsgment doc prod, time jugak la ink cartridge abis pas2 tesalah print dan mcm2 lagi la. Tempuh punye tempuh sume dugaan ni , akhirnya dapt gak aku setelkannye dalam kul 3pg jugak la aku tdo tp nsb bek la sok juz ada clas ptg. Alhamdullilah….. lega hati aku n member aku nie.

0 comments: