( 14 MAC 2008 – 16 MAC 2008)
Pada 14 Mac 2008, hari Jumaat, lebih kurang pukul 8pg ktorg bertolak dari poli. Peserta yang mengikuti Camp Bina Semangat nie adalh lebih kurang dalam 74org iaitu 71org wanita dan 3orang lelaki serta diiringi seramai 5org pensyarah. Perjalanan dari poli ke gunung ledang, Johor mengambil ms lebih kurang dalam 7jam perjalanan. Kami dianggarkan tiba di sana dalam pukul 3.00ptg. ktorg camping selama 3 hari 2 malam, masa camping 2 byk gak la xtvt yg ktorg buat. Kalo nak tau lebh lanjut baca la catatan kat bawah ni……
Hari Pertama - 14 Mac 2008 (Jumaat)
Lebih kurang pukul 8 pg ktorg bertolak dari poli. Sepanjang perjalanan ktorag berhenti kat R&R dengkil n ayer keroh. Dalam kul 3ptg ktorg sampai kat taman hutan lagenda, gunung ledang, johor. sebelum masuk dom ktorg kena register sebab kena ambil kunci loker dan selepas ktorg loading barang lbh kurang kul 3.50ptg ktorg kena berada kat dewan kuliah cuz Ketua Fasilitator, Kolonel (B) Daud Abd Rahman ingin memberi penerangan tentang xtvt sepanjang ktorg camping kat c2. Selepas solat maghrib ktorag ada sedikit kuliah maghrib, semasa kuliah nie ktorg diberi pengetahuan bagaimana Nabi Adam dijadikan. Sebelum bt xtvt malam ktorg diberi sedikit penerangan tentang cara menggunakan kompas dan membaca garisan grid sesuatu tempat di dlm peta. Dalm kul 11malam ktorg ada xtvt malam iaitu ‘night walk’. Kat cni ktorg tlh dibahagikan kepada beberapa kumpulan pas2 diaorg lepaskan ktorg group by group dan jalan kat dalam hutan yang gelap. Time nie byk la jugak rintangan dan hlgan yg ktorg kena tempuhi, xtvt nie sebenarnya menguji tahap kekuatan mental dan fizikal tapi ktorg amat bersyukur la cuz sepanjang xtvt nie dijlnkan sume peserta berada dalam keadaan baik dan selamat. Xtvt nie abis dlam kul 12lebh dan pas2 pe lagi ktorg zzzZZZZ ….. la kat dom. Heheheh…….
Hari Kedua – 15 Mac 2008 (Sabtu)
Pagi dalam kul 6.15 ktorg da kena ad kat dewan kuliah tuk dengar kuliah subuh. Sebelum g makan pagi ktorg kena wt senaman pagi yang dipanggil J-Robic. Untuk pengetahuan korg senaman ini adalh senaman yg paling popular kat negeri Johor dan semasa melakukan senaman ini ktorng akan diiringi ngan muzik dlam beberapa rentak dan irama antaranye muzik pop, tai-chi, tarian zapin, tarian india, kungfu dan macam2 lagi. Senaman di telah diketuai oleh En. Hamid, time 2 ktorg n lec yg folow enjoy gler terutama En. Azmi dan En. Norman. Pas2 alas perut, sekali lagi ktorg diberi penerangan bagaimana unutk menentukan GR sesuatu tmpat dan bagaimana untuk menentukan bearing dari sesuatu tempat ke tempat lain. Setlh selesai ktorg dipecahkan kepada beberapa kumpulan, ahli-ahli kumpulan diambil berdasarkan keputusan mindprofile semalam. Name aku telah disenaraikan dalam group 5.Pas2 ktorg wat xtvt map reading, dimana setiap kumpulan telah dibekalkan kompas, protaktor, dan peta. Semasa ktorg wat xtvt nie byak betul halangan cthnye ktorng 3 kali sesat, bkan sebab ktorg x pandai nak baca kompas o map tapi dalam group ktorg nie krenye seume nak jadi ketua so xtau nak folow yang mana satu i2 sebabnye sampai sesat byk kali. Hehehehehe…… akhirnye ktorg sampai jugak kat garisan penamat dengan selamat walaupun agak lambat sedikit dari group2 yg len, bak kata pepatah, ‘biar lambat asal selamat’ dan untuk makluman korg ‘fasi-fasi’ kat sana cakap group ktorg la yang sampai kat garisan penamat dengan bacaan bearing yg betul, itu lah main point ktorg. Rasa bangga tu ada la tapi xla sampai riak… hahahaha……
Second xtvt ktorg ialah abseiling. Firstly aku sebenarnye xtau camne xtvt nie, rupanye kte kena nek atas pas2 kena turun gune tali. Mula2 tu aku takut gak lak tp xda sampai nangis. Time nek tangga nak ke atas 2 memang penat gler n aku rasa cam xb’tulang n bertenaga je ble sampai kat atas. Pas beberapa minit, aku pun turun, mula2 memang takut cuz aku rasa mcm xselamat je…. Ble da turun sikit aku rasa ‘cool’, ble da sampai bawah aku rasa cam nak men lagi la plak. Hehehehe……
Third xtvt plak ialah flying fox. Selama ni memang aku xpenah pun men benda nie cuz aku nie sebenarnye memang kureng minat ckit buat xtvt2 lasak nie, tapi kalo da buat nak buat lagi…. Hahaha…. Nak men flying fox kt kena nek tangga cam men abseiling cume ia agak rendah ckit la. Untuk second time nek tangga nie aku da boleh control tahap kepenatan aku tu. Ble tali keselamatan da dipakai, aku pun dilepaskan oleh ‘fasi’ kat c2 name die, Cik Mat. Time cam aku ngah ‘flying without wings’…. Aaaaaarrrrhhhhhh…….(tp aku xda la menjerit cam member2 aku yg len cuz suara aku xkuar time 2)….. agak rugi la kat c2…. Huhuhu…..
Fourth xtvt ialah ‘war game’. Mesti korg tertanya2 kan xtvt ape nie???? Dlu aku pun cam korg gak. Meh aku cite. Game nie sebenarnye kite kena bangunkan satu ‘giant’(benda yg dibuat dari kayu dan ianya memang berat) pas2 movekan die dari tempat die tdo sampai ke garisan penamat dengan syarat masa die mesti berjalan dengan menggunakan satu kaki sahaja. Time kt nak bangunkan ‘Giant’ nie kt xleh gune tangan so ‘fasi2’ ktorg bekalkan tali, kayu, pendayung dan sebagainya tp dgn syarat semasa bangunkan die jgan sampai benda 2 terseret. Time nie memang ktorg xleh nak fikir camne cara terbaik nak bangunkn die. Group ktorg nie byk idea sampai xtau nak ikut idea sape. Last2 giant 2 still lagi tdo kat c2 sampai masa tamat. Sebenarnye group ktorg nie malas la nak kacau die tdo so ktorg biarkan je la… hahahaha…… untuk pengetahuan korg ada 1 group je yg boleh bangunkan giant 2, camne diorg buat aku xtau la, mungkin itu nasib n rezeki diorg kot. Pe2 pun tahniah la diucapkan kepada diorg.
Xtvt yg kelima plak ialah high rope. Oleh kerana ktorg fail bangunkan giant tadi, ‘fasi’ telah menjatuhkan hukuman dan denda kat ktorg iaitu buat xtvt high rope 2 round. High rope ini ialah xtvt berjalan atas tali dan berpaut kat paip getah. First aku men agak cuak jugak la tp ble da serasi ngan tali 2, aku rase bez la plak, so aku xksh la nak kena wat berapa round lagi pun aku sanggup……
Pas abis sume xtvt outdoor 2 ktorg g blik dom bersihkan badan dan wat la ape yag patut. Dalam kul 6.30 ktorg kena berkumpul kat dewan untuk dengan kuliah maghrib.
Malam 2 ktorg ada sesi dialog bersama Ustaz Samsudian. Time nie setiap sorang peserta mesti menyediakan sekurang2nye satu soalan. Ape2 je soalan… cuz sume die boleh jawab.. kirenye die nie serba blh la menjawab soalan tentang agama….. first tengok muka ustaz nie, cam serius n tegas orangnye, tapi bile die da stat bercakap die nie sorang yg sempoi n klakar. So betul la kata orang, ‘tak kenal maka tak cinta’. Malam 2 memang enjoy gler r xrase pun nak tdo even badan dah letih….
Hari Ketiga – 16 Mac 2008 (Ahad)
Sepanjang perjalanan nak ke kolam puteri, byk halangan yg ktorg kena tempuhi antaranya nek bukit, turun bukit, langkah longkang, redah sungai dan lain-lain lagi. Kat cni ktorg kena saling bantu-membantu, xleh nak pentingkan diri, xkira la lelaki o pompuan, sumenye sama. Ktorg mengambil masa lebih kurang dlam 1jam untuk sampai ke Kolam Puteri 2.
Sebelum bertolak pulang, ktorg ada wat sedikit sesi kuliah. Pas2 ada sesi penyampaian cenderahati kepada ketua fasilitator, Kolonel (B) Daud, dan sesi fotografi sebagai kenang-kenangan sebelum meninggalkan taman hutan lagenda tersebut.
Dalam kul 5ptg kami bertolak pulang, sebelum itu ada satu kejadian yg tidak diduga berlaku, dimana salah satu beg peserta kami telah hilang, puas kami mencari namun tetap tidak ditemui. Selepas membuat laporan kepada pengurus di sana, barulah beg itu ditemui , bukan di resort tapi ia telah diambil oleh salah seorang peserta dari IKBN Pagoh secara tidak sengaja.
Lebih kurang pukul 12 tengah malam kami tiba di Politeknik dlam keadaan penat, mengantuk dan gembira…….
No comments:
Post a Comment